Tuesday, February 28, 2012

Urban Vibe Online Contest "Cinta Seputih Salju ~ (REVIEW)"


Assalamualaikum semua... berjumpa lagi untuk entry ke 3 sempena Urban Vibe Online Contest "Cinta Seputih Salju"...... Finally, dapat jugak buat entry ke 3 ni walaupun banyak kekangan masa akibat kerja yang bertimbun...

Walaupun sibuk, on last saturday and sunday berjaya jugak amek half day off walaupun keja part time jea... selalu susah nak cancel2...tp this time sebab semangat nak pegi Pameran Pengantin Malaysia 2012, sanggup cuti tanpa upah tao...and the best part is encik tunang pun pegi sama... he selalu jarang2 nak pegi tempat2 pameran sebab cepat bosan...tambah pulak memang hari minggu tu die banyak keja nak kena settle...

Masa hari sabtu petang, sy pegi ditemani encik tunang and his bestfriend(syed) dan jugak bestfriend die punya future ehem2(s.khadijah)....masa odw si syed ni dh sampai dulu, then die cl bgtao x ada parking kat situ.. mmg pelik la kan sebab SACC tu punya la banyak parking kelilingnye..... dh sampai mmg dok bising la ngan encik tunang, banyak sungguh keta sampai pusing 3, 4 kali still x dapat parking... lebih setengah jam jugak ronda2 cari parking last2 dapat parking depan pkns... rezeki...hehe..

we are here in SACC

Kitorang berempat pun jalan merentas bangunan pkns ke SACC ..memang ramai orang..sampai2 kat luar lgi dh ada booth cantik2... so terus ke kaunter registration, masa tu pass by kawasan photobooth style wedding, tp encik tunang dh ke depan, so lepas ni la singgah.. nak register, mak oiiiiiii ramai nye orang kat kaunter tu.. Ada la sorang kakak manis duduk dekat meja depan kaunter tu, die kata boleh register kat situ jugak.. pheww... jimat masa..hehe.. so time tuh sy cakap la nak register as blogger online contest, die cakap xpe, boleh tulis jea, nti die buatkan..wah..lagi la bagus... so die pun bg sy and encik tunang 2 tiket masuk.. wuuhuuuu...
from FB PPM, ni dr kaunter pendaftaran...

dapat tiket masuk..mcm masuk wayang gitu..

and masa nak melangkah masuk hall tuh, punya la cantik decoration kat pintu masuk..sampai encik tunang excited nak bergambar kat situ.. so nice, very sesuai dengan theme 'cinta seputih salju'.. rasa mcm nak masuk ke dewan persandingan sendiri je... sape yang buat?? Nas Great Idea la... sangat la the boooommmm... suka2 tp kalao nak buat mcm ni kat my own wedding, alamat bertangguh lagi la majlis kan.. so berangan2 dalam hati jea la...

depan pintu masuk ... thanks SK for this lovely picture =)

ni hari ahad pulak, nak lagi bergambar kat sni

Masuk jea dlm hall mmg sesak..sangat ramai pengunjung...good2..vendor2 pun sibuk jugak..bila lalu jea every booth mesti dapat pamplet...kebetulan time sampai tu ada pertunjukan fesyen terus la ktrg ke pentas utama..dan mak aiii...ramai jugak orang kat situ.... walau pun berdiri agak jauh, nampak dh decoration pentas utama tu hasil sentuhan Arma Couture.. white and black with bunga2 jugak.. very fantastic n mmg x menghampakan...kat tepi tu pulak disenaraikan nama2 penaja PPM kali ini..and tepi lagi satu ada anjung tempat bersanding..nice.. so ktrg pun layan dulu show tu, setiap kali kuar jea model2 dengan baju yang gorgeous tuh, hati dok tekad, kena kurus so that boleh pakai baju cantik2 macam tuh..hehehe..encik tunang pun tengok2 senyum2 pastu angguk2...tgh bayangkan le tu kalo dpt pakai gorgeous tao ktrg nti..hehe.. pastu ada selingan persembahan Bob Af2.. suara die, mengancam jiwa..

nama2 penaja di pentas utama

pertunjukan fesyen pengantin

ramai yang tgk bridal fashion show nie..

Lepas dh habis tu ktrg jalan2 sekitar booth2 yang ada mengutip pamplet dan tgk contoh hasil kerja vendor2... banyak jugak vendor yang sy x penah dengar, so masa ni la amek tao pasal vendor2 ni sebab boleh pilih yg paling berkenan di hati.. boleh tgk suasana dlm hall kat pic nih..

ramainye orang..

booth dina halim

shahmie catering...

Usha2 jumpalah satu kawasan unik nie, rupanya2 kawasan main decorater, official photographer and official videographer iaitu Arma Couture, GIPhotolicious and Avicenna Studio... ramai orang masa tu, 4, 5 kali jugak pusing nak cari chance bergambar dengan dorg tp x dapat, almaklumlah very busy melayan future customers..hehe..so kutip pamplet and usha2 hasil kerja diorang, masa 2nd day baru dapat peluang bersoal jawab dengan dorg and mmg teruja nak guna khidmat diorang but then buat masa skrg not in budget yet..insya'allah ada rezeki lebih, boleh guna service mereka...

Arma sibuk entertain customer

catch up with avicenna and GIPhotolicious staff

Arma Couture

GIPhotolicious booth

Abg Idzwan dok explain pakej to his customer

dah habis kat booth para penaja, berjalan pulak ke salah satu booth vendor kesukaan sy ..of coz booth Ari Wedding Couture.. theme AWC very la the classsss tao... Eiffel Tower lagi u.. masa dpt pamplet tgk wow..pakej makin berdiskaun..tp masa tu sume penuh, so just mengendeng dekat orang2 yang dok mendengar dgn kusyuk tu je la...

hari ke 2 baru ada chance bergambar kat area ni..

Ari so semangat explainkan pakej2 AWC(baju2 AWC sangat gorgeous)

habis jelajah, berbual2 dengan vendor2 yang sempat and usha sini sana rekaan2 yang unik, tuptup dah dekat 3 jam rupanya dok dalam tu..rasa kejap jea masa berlalu... disebabkan nak kejar pegi kuala selangor pulak untuk dinner with adik beradik tersayang, maka kami pun mula keluar dr hall.. sebelum balik ajak dulu encik tunang ke photobooth style wedding sebab td x sempat..hehe

ni sekadar gambar dr bb buruk nie jea.. b look handsome tao..

2nd day pegi which is on sunday pun lebih kurang jugak pengalamannya cuma ahad lagi la ramai org...dh last day kan, so mmg berasak2 la dlm hall tu.. and kali ni me n encik tunang ditemani partner lain pulak; nal n syu.. dorang pun bakal nak berlangsung jugak majlis nya cuma x tao bila je lagi..hehe

inilah pengalaman sy berkunjung ke Pameran Pengantin Malaysia pd 24 Februari - 26 Februari 2012 yang lepas d SACC Shah Alam..rugi pg sesiapa yg terlepas peluang ini, so jgn lupa kunjungi Pameran Pengantin Malaysia yang akan dianjurkan lagi selepas ni..

Bagi pendapat sy, PPM kali ni mmg AWESOME!!! Sgt beruntung dapat cuci mata dengan beautiful decoration n exclusive gitu... sesuai dengan tema "Cinta Seputih Salju" mmg menarik..vendor pun banyak(masa dtg dgr MC cakap ada 124 booth and about 80 penyertaan), jd pilihan tu banyak, jd cuma perlukan kebijaksanaan untuk memilih vendor yg plg sesuai dgn keperluan dan kehendak pengunjung..nak banding2kan dulu pun boleh sebab each of the vendor dah siapkan pamplet lengkap for their package and siap ada sample hasil kerja mereka...

PPM kali ni jugak penuh dengan aktiviti di pentas utama; dari demo make up, pertunjukan fesyen pengantin, persembahan artis dan perarakan serta persandingan pengantin..Fesyen show pulak bukan calang2 orang yang terlibat; antaranya Hazwani Osman, Arma Couture, Zery Zamry, Rins Suzana Kuala Lumpur and ramai lagi...para vendor pun begitu hebat mendekorasi booth diorang untuk menarik perhatian customer..mmg amazing decoration dorg.. And satu benda lg yang unik is pasangan MC sedondon berpakaian pengantin..sweet..

memandangkan sy and encik tunang dh beberapa kali join PPM , boleh katakan this is one of the best.. so susah jugak nak bg pandangan apa yg ingin dilihat di PPM akan datang.. So sy pun buat brain storm and hasilnya....

1. dari segi susunan vendor - letakkan vendor yang dibawah satu jenis service e.g photography, videography, kad kahwin, wedding planner di kawasan yang sama, jd dpt memudahkan lagi pengunjung untuk check out setiap vendor dgn service yg sama and buat comparison..

2. buat banyak aktiviti yang melibatkan penyertaan pengunjung; buat pop kuiz and jemput b2b or g2b naik ke pentas untuk terima saguhati mcm voucher diskaun or doorgift pun boleh..hehe

3. masa registration bg pd pengunjung door gift mcm goodie bags yang boleh guna jugak untuk letak pamplet2 yang banyak dapat dr vendor2...dalam tu jugak boleh letakkan checklist apa yang perlu ada untuk wedding anda, sedikit sebanyak dpt tolong guide bakal2 pengantin ni..

4.untuk pertunjukan fesyen hope boleh banyakkan lagi fesyen muslimah (islamic fashion)... and x penah lg tengok show yang ada model plus size..ramai jugak bakal2 pengantin yang plus size nak tgk fesyen yg sesuai dgn diorang..ini boleh cetuskan ilham untuk hari bahagia diorg..sebab skrg sume model mmg slim cantik, jd pakai apa pun cantik..

And finally, mengapa sy n encik tunang patut memenangi hadiah2 tersebut :

1. dapat mengurangkan kos kami yang bertungkus lumus mencukupkan duit untuk melangsungkan perkahwinan(both of us yg terakhir akan berkahwin dlm adik beradik, so fhm2 la mcm mana wedding ktrg kena buat)..hehe

2. kami mmg follower setia PPM sejak dr mula mengenali PPM and semua penaja merupakan our top list untuk jd sebahagian penyumbang tenaga untuk majlis kami (sebab tu kena kerja keras so that we can afford to get their service..kalo ikut budget skrg masih x cukup ni..urm2)

3. andai menang, at least satu drpd impian untuk wedding sy tercapai...

4. dh berjaya memenuhi semua syarat2 yang dikemukan oleh Urban Vibe..insya'allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, selesai jugak menjawab task ketiga oleh Urban Vibe Online Contest kali ni.. First time and i'm really enjoy this.. Kalau x dapat sebarang hadiah, sy masih dapat pengalaman yg best sepanjang contest ni berlangsung.. Good luck to all contestants...

Akhir kata, hope lepas ni boleh berkunjung ke PPM lagi in a short time sebab nak lagi cuci2 mata dan kumpul sebanyak mugkin info untuk preparation majlis ktrg nti..

millions thanks to Urban Vibe sebab anjurkan ppm dan jugak contest ni..Ada rezeki sy, ada la hadiah untuk sy, kalau x ada rezeki, xpe..still memberikan pengalaman pd saya yang baru nak aktif blogging...hehe..

juga millions thanks to penaja2 yang begitu murah hati untuk taja hadiah2 online contest kali ni, mmg gempak la u all...next time jgn segan2 taja lagi yea..hehe

dan yang paling x lupa is my encik tunang yg x jemu support sy... thanks b..hope apa yang dirancang berjalan lancar..amin...

lastly, check out kenangan KAMI during PPM...

berlatar belakangkan salju..hehe

encik tunang curi2 tangkap gambar sy rupanya..hehe


ni hari ahad masa nak balik dh...

till us meet again next time..


Love,
Ms.Nyny

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates